Monday, April 29, 2019

PENYERAHAN SUMBANGAN

Khamis, 25 April 2019, Kapar, Klang 2.00 pm

Urusan ziarah dan penyerahan sumbangan dari seluruh warga PMS dan Alumni PMS kepada adik Ainul Mardhiah yang menghidap kanser, ibunya merupakan bekas pelajar JPH PMS manakala bapanya merupakan bekas pelajar JTMK PMS 2016. Urusan ziarah terdiri daripada pegawai Alumni PMS dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar PMS serta pensyarah, staf PMS dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar PMS. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada adik Ainul.

Monday, April 22, 2019

PENERIMA BANTUAN SARAPAN PAGI HARI PEPERIKSAAN

Hari : Isnin
Tarikh : 15.4.2019
Masa : 7.45 pagi
Lokasi : Foyer HEP
Edaran Sandwich dan minuman. 250 bungkus akan diedarkan kepada 250 peserta yang terlibat. Pada hari tersebut diedarkan bersama kupon makan yang disediakan pada hari Rabu dan Khamis turut diedarkan kepada pelajar yang terlibat.

Hari : Selasa
Tarikh : 16.4.2019
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Foyer HEP

Edaran nasi lemak dan minuman. Pelajar yang telah terpilih dipohon untuk mengambil makanan dan kupon tersebut

Hari : Rabu
Tarikh : 17.4.2019
Masa : Sarapan Pagi
Tempat : Mana-mana cafe di PMS. Cara mengambil makanan dengan menyerahkan kupon bantuan sarapan pagi percuma dengan nilai yang telah ditetapkan.

Hari : Khamis
Tarikh : 18.4.2019
Masa : Sarapan pagi
Tempat : Mana-mana cafe di PMS
Cara mengambil makanan dengan menyerahkan kupon bantuan sarapan pagi percuma kepada cafe dengan nilai yang telah ditetapkan.
Sumbangan yang telah dikutip dari warga PMS bagi penyediaan makanan untuk pelajar berjumlah RM 2030.00 setakat jam 5.00 petang. Terima kasih kepada semua warga PMS yang telah menyumbang. Semoga Allah jua yang membalas budi baik kalian.




Monday, April 8, 2019

MAKANAN PERCUMA UNTUK PELAJAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH

Politeknik Muadzam Shah hari ini melancarkan insentif makanan percuma untuk golongan pelajar yang kurang berkemampuan. Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan Ismail berkata program itu diperkenalkan untuk membantu golongan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan menampung  kos sara hidup sepanjang pengajian mereka.
"Berdasarkan tinjauan, semakin ramai pelajar PMS datang dari latarbelakang isi rumah yang berpendapatan rendah dan daif sehinggakan ada pelajar yang terpaksa ikat perut kerana kekurangan sumber kewangan."

"Keperihatinan pihak PMS terhadap prestasi pelajar yang dilihat terjejas akibat kekurangan wang mencetuskan idea bagi pihak PMS membantu golongan sasaran ini." katanya selepas majlis pelancaran majlis tersebut.
Sementara itu , Tuan Haji Hassan berkata program itu merupakan salah satu daripada program WeCare PMS iaitu usaha AMP PMS membantu pelajar dari segi kebajikan dan akademik."