Thursday, August 15, 2019
Tuesday, July 16, 2019
Monday, April 29, 2019
PENYERAHAN SUMBANGAN
Khamis, 25 April 2019, Kapar, Klang 2.00 pm
Urusan ziarah dan penyerahan sumbangan dari seluruh warga PMS dan Alumni PMS kepada adik Ainul Mardhiah yang menghidap kanser, ibunya merupakan bekas pelajar JPH PMS manakala bapanya merupakan bekas pelajar JTMK PMS 2016. Urusan ziarah terdiri daripada pegawai Alumni PMS dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar PMS serta pensyarah, staf PMS dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar PMS. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada adik Ainul.
Monday, April 22, 2019
PENERIMA BANTUAN SARAPAN PAGI HARI PEPERIKSAAN
Hari : Isnin
Tarikh : 15.4.2019
Masa : 7.45 pagi
Lokasi : Foyer HEP
Edaran Sandwich dan minuman. 250 bungkus akan diedarkan kepada 250 peserta yang terlibat. Pada hari tersebut diedarkan bersama kupon makan yang disediakan pada hari Rabu dan Khamis turut diedarkan kepada pelajar yang terlibat.
Hari : Selasa
Tarikh : 16.4.2019
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Foyer HEP
Edaran nasi lemak dan minuman. Pelajar yang telah terpilih dipohon untuk mengambil makanan dan kupon tersebut
Tarikh : 17.4.2019
Masa : Sarapan Pagi
Tempat : Mana-mana cafe di PMS. Cara mengambil makanan dengan menyerahkan kupon bantuan sarapan pagi percuma dengan nilai yang telah ditetapkan.
Hari : Khamis
Tarikh : 18.4.2019
Masa : Sarapan pagi
Tempat : Mana-mana cafe di PMS
Cara mengambil makanan dengan menyerahkan kupon bantuan sarapan pagi percuma kepada cafe dengan nilai yang telah ditetapkan.
Sumbangan yang telah dikutip dari warga PMS bagi penyediaan makanan untuk pelajar berjumlah RM 2030.00 setakat jam 5.00 petang. Terima kasih kepada semua warga PMS yang telah menyumbang. Semoga Allah jua yang membalas budi baik kalian.
Monday, April 8, 2019
MAKANAN PERCUMA UNTUK PELAJAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Politeknik Muadzam Shah hari ini melancarkan insentif makanan percuma untuk golongan pelajar yang kurang berkemampuan. Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan Ismail berkata program itu diperkenalkan untuk membantu golongan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan menampung kos sara hidup sepanjang pengajian mereka.
"Berdasarkan tinjauan, semakin ramai pelajar PMS datang dari latarbelakang isi rumah yang berpendapatan rendah dan daif sehinggakan ada pelajar yang terpaksa ikat perut kerana kekurangan sumber kewangan."
"Berdasarkan tinjauan, semakin ramai pelajar PMS datang dari latarbelakang isi rumah yang berpendapatan rendah dan daif sehinggakan ada pelajar yang terpaksa ikat perut kerana kekurangan sumber kewangan."
"Keperihatinan pihak PMS terhadap prestasi pelajar yang dilihat terjejas akibat kekurangan wang mencetuskan idea bagi pihak PMS membantu golongan sasaran ini." katanya selepas majlis pelancaran majlis tersebut.
Sementara itu , Tuan Haji Hassan berkata program itu merupakan salah satu daripada program WeCare PMS iaitu usaha AMP PMS membantu pelajar dari segi kebajikan dan akademik."
Sementara itu , Tuan Haji Hassan berkata program itu merupakan salah satu daripada program WeCare PMS iaitu usaha AMP PMS membantu pelajar dari segi kebajikan dan akademik."
Tuesday, April 2, 2019
Wednesday, March 6, 2019
Thursday, February 7, 2019
Wednesday, January 16, 2019
INSURAN PELAJAR
Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar Politeknik Muadzam Shah dilindungi oleh Insuran Kemalangan Diri Berkelompok oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Premium insuran diuruskan semasa pendaftaran oleh Unit Hal Ehwal Pelajar pada kadar 36.70 bagi setiap tahun pengajian saudara dan saudari di PMS.
Sekiranya pelajar mengalami kemalangan, sila berhubung dengan Unit Hal Ehwal Pelajar secepat mungkin untuk tujuan tuntutan insuran. Pihak Takaful perlu dimaklumkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh berlakunya kemalangan.
Mulai Sesi Disember 2018 manfaat yang diperolehi hasil dari caruman insuran ini adalah seperti berikut :
- Kematian akibat kemalangan : RM 20,000.00
- Keilatan kekal akibat kemalangan : RM 10,000.00
- Perbelanjaan perubatan : RM 3,000.00
- Elaun wad : RM 25.00 sehari (maksima 30 hari)
- Kematian Biasa : RM 2,000.00
- Belanja Kebumi : RM 1,000.00
- Salinan Kad Pengenalan pelajar
- Laporan Polis
- Bil / Resit perubatan (Pembelian ubat luar hospital perlu mendapat surat arahan doktor)
- Sijil Keluar Wad (Discharge Note)
- Sijil Cuti Sakit
- Sijil Kematian : bagi kes yang melibatkan kematian
- Permit pengkebumian : bagi kes yang melibatkan kematian
- Foto pemohon sebelum dan selepas kemalangan : bagi kemalangan yang melibatkan kecacatan kekal (memberi fokus pada bahagian keilatan kekal berkenaan).
- Mengulang Semester
- Menangguh Pengajian
- Bertukar dari politeknik lain ke PMS
Sila maklumkan kepada Unit Hal Ehwal Pelajar secepat mungkin untuk menambah atau memperbaharui perlindungan insuran pelajar.
PENGURUSAN BIASISWA DAN PINJAMAN PELAJARAN
Bahagian ini membantu mengatur dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan bantuan kewangan pelajar-pelajar samada dalam bentuk biasiswa atau pinjaman. Ketika ini terdapat lebih daripada 10 penganjur yang menaja pengajian pelajar-pelajar di Politeknik Muadzam Shah termasuklah Yayasan Negeri dan juga Yayasan daripada pihak swasta.
Wednesday, January 9, 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)