Wednesday, January 16, 2019

INSURAN PELAJAR

Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar Politeknik Muadzam Shah dilindungi oleh Insuran Kemalangan Diri Berkelompok oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Premium insuran diuruskan semasa pendaftaran oleh Unit Hal Ehwal Pelajar pada kadar 36.70 bagi setiap tahun pengajian saudara dan saudari di PMS.

Sekiranya pelajar mengalami kemalangan, sila berhubung dengan Unit Hal Ehwal Pelajar secepat mungkin untuk tujuan tuntutan insuran. Pihak Takaful perlu dimaklumkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh berlakunya kemalangan.

Mulai Sesi Disember 2018 manfaat yang diperolehi hasil dari caruman insuran ini adalah seperti berikut :
  • Kematian akibat kemalangan : RM 20,000.00
  • Keilatan kekal akibat kemalangan : RM 10,000.00
  • Perbelanjaan perubatan : RM 3,000.00
  • Elaun wad  :  RM 25.00 sehari (maksima 30 hari)
  • Kematian Biasa : RM 2,000.00
  • Belanja Kebumi : RM 1,000.00
Untuk melicinkan tuntutan, dokumen-dokumen berikut diperlukan :
  • Salinan Kad Pengenalan pelajar
  • Laporan Polis
  • Bil / Resit perubatan (Pembelian ubat luar hospital perlu mendapat surat arahan doktor)
  • Sijil Keluar Wad (Discharge Note)
  • Sijil Cuti Sakit
  • Sijil Kematian : bagi kes yang melibatkan kematian
  • Permit pengkebumian : bagi kes yang melibatkan kematian
  • Foto pemohon sebelum dan selepas kemalangan : bagi kemalangan yang melibatkan kecacatan kekal (memberi fokus pada bahagian keilatan kekal berkenaan).
Sekiranya pelajar tergolong daripada kategori yang berikut :
  • Mengulang Semester
  • Menangguh Pengajian
  • Bertukar dari politeknik lain ke PMS

Sila maklumkan kepada Unit Hal Ehwal Pelajar secepat mungkin untuk menambah atau memperbaharui perlindungan insuran pelajar.

PENGURUSAN BIASISWA DAN PINJAMAN PELAJARAN

Bahagian ini membantu mengatur dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan bantuan kewangan pelajar-pelajar samada dalam bentuk biasiswa atau pinjaman. Ketika ini terdapat lebih daripada 10 penganjur yang menaja pengajian pelajar-pelajar di Politeknik Muadzam Shah termasuklah Yayasan Negeri dan juga Yayasan daripada pihak swasta.